Saturday, 19 October 2013

.:: Sendiri ::.



Assalamualaikum


Tak semua benda boleh dikongsi.
Tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita.
Ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.

Hati ini menyimpan rasa.
Andai insan itu tahu, 
Diri ini ingin sekali mengatakan kebenaran
Apa yang terbuku.

Dengan insan itu, 
Lidah kelu walau hati sangat ingin berbicara.
Tiada kata mampu menzahir segala rasa.

"Awak hanya berangan amira.
Angan angan yang tak akan ke mana,
Awak hanya mampu suka dia dalam diam,
Dia tak akan mungkin suka pada awak, 
Mungkin sukanya pada insan lain, bukan awak".

Kata kata itu, 
Membuat diri termenung.

Mengharap.
Tiap hari menunggu text dari awak.
Capai telefon bimbit, tiada apa apa. 
Kosong tiada sebarang mesej awak.
Telefon itu hanya aktif pabila ada mesej daripada awak.
Maka telefon itu menyepi.
Ditinggalkan.








Walau senegeri
Tak pernah bersua
Ingin sekali mengenali depan depan
Namun siapalah diri
Untuk meminta..

Yang awak panggil bucuk
Sebenarnya menyimpan beribu rasa.
Maafkan saya kerana menyukai awak
Faiz.








╬════════════๑۩۩๑●MIRAYUYA●๑۩۩๑════════════╬