Thursday, 3 January 2013

.:: Hanya sekuntum teluki ::.





Assalamualaikum




Dan ingatkah?
pernah saya khabarkan.
saya cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha.

lalu, biar saya akui,
bahawa saya mungkin bukan mawar yang awak cari-cari,
harum dan berseri,
tapi saya hanyalah sekuntum teluki.
teluki yang mungkin hanya mampu mengasingkan dan meminggirkan diri.
teluki yang tak digemari.


saya tak seindah dan seharum mawar. 
namun, saya masih punya sisi yang indah,
itupun jika masyarakat masih tahu menghargai keindahan dan keunikan 
penciptaan Tuhan.


Wallahualam.
















╬════════════๑۩۩๑●MIRAYUYA●๑۩۩๑════════════╬