Dalam ketidaksempurnaan yang ada
Kita cuba untuk mencari titik persamaan.
Kita cuba bina satu persefahaman.
Kita lempar jauh perbezaan.
Walau kita sedar itu sukar.
Dan seharusnya kita sedar,
Bahawa dia dan kita,
Sama-sama tak sempurna.
Tak pernah dan tak akan pernah.
Kerana DIA telah menciptakan kita dengan cantik.
Melengkapi dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki.
Membahagiakan dengan apa yang DIA anugerahi.
♡╬════════════๑۩۩๑▬●MIRAYUYA●▬๑۩۩๑════════════╬♡
