Assalamualaikum
Tuhan
aku hambaMu yang telah Kau takdir lahir ke dunia
untuk diuji iman dan takwa
aku rebah menangis hiba
menghitung masa lalu yang telah terlalu banyak dipersia-sia
sehingga aku pernah tewas pada enak buai dunia
tangisku tewas memadam jahiliah yang menusuk jiwa
sayang untuk berkorban rasa yang bukan apa-apa
sedangkan Engkau sebenarnya yang Maha Memiliki segala
walau memang pada hakikat, segalanya Engkau yang punya.
terlalu mudah mengalah pada takdir dunia.
hati ini, Engkau datangkan rasa sedih dan kecewa.
sedangkan aku tahu, Engkau sedang mengajarkan aku erti bahagia.
bahagia yang sebenar-benarnya.
dan, itu nikmat yang patut aku syukuri tanpa noktahnya
Melewati tika itu
Bibir mengucap lafaz astaghfirullah
Titisan air jernih itu jatuh satu demi satu
Selagi nyawa masih di tubuh, pintu taubat Allah itu selalu terbuka
kalau benar kita mahukan syurgaNya, berusahalah untuk menggapainya.
jangan biarkan angan-angan itu mati sekadar di bibir kita saja.
teruskan perjuangan walau banyak yang harus dikorbankan.
bukankah perjuangan itu memerlukan pengorbanan?
kerana kita semua tahu.
itu syarat dalam memburu cinta Allah.
moga Allah permudahkan segalanya.
niat kerana Allah,
In shaa Allah.
♡╬════════════๑۩۩๑▬●MIRAYUYA●▬๑۩۩๑════════════╬♡