Sunday, 20 May 2012

.:: Merintih ::.





Assalamualaikum




Tidak pernah tahu bila bahagia akan datang menyinggah. Terasa diri sunyi tatkala tiada teman untuk berbicara apatah lagi berkongsi masalah. Mereka-mereka sedang berbahagia. Bahagia dengan hidup masing-masing. Terkadang hati rasa sunyi, kosong tanpa ada yang menghiraukan. Hati yang tidak berpenghuni.
Astaghfirullah. Hati ini milik Dia. Hanya Dia yang berhak mengisi kekosongan itu. 


Merintih pada Tuhan kerana segalanya adalah atas kekuasaanNya. Ku yakin Allah ingin memberikan sesuatu di sebalik setiap lorongNya. Andai bukan sekarang, ku percaya suatu masa nanti aku akan menemukan keindahanNya. Insyaallah. 



"Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya"


AMIN.






















╬════════════
๑۩۩๑●MIRAYUYA●๑۩۩๑════════════╬