Tuesday, 8 May 2012

.:: Insan yang lemah ::.








Assalamualaikum





"Allah, Engkau Maha Penyayang"



Seharusnya saya lebih banyak memuji Dia. Kerana itu milikNya. Ia lebih membawa erti pada hidup ini. Ia menimbulkan rasa tenang dalam hati, ketenangan yang sering diimpikan.



"Allah, Engkau Maha  Kekasih"



Tidak kira apa pun, Dia sentiasa menemani diri ini. Sejak dahulu lagi. Dia lah kekasih yang bersama-sama dan setia bila mana hidup ini dilimpahi ujian-ujian yang datang menyinggah diri. Alangkah indahnya hidup ini jika kita menjadi manusia yang mengenal erti syukur. Kita mungkin tidak akan jatuh ke dunia yang memberi kelalaian. Hidup yang berTuhankan hawa nafsu. Syaitan pula tidak pernah berhenti untuk menarik diri ini ke dalam nikmat neraka jahanam.Sering ditewaskan dan tertewas. Astaghfirullah. Saya lemah...



"Allah Maha Pemaaf Dan Maha Pengampun"




Maafkan hambamu ini kerana sering menzalimi diri, sering melakukan kesilapan diri, sering lupa diri dan menjauhi diri dan sering hidup dikelilingi dosa.





"Ya Allah yang maha memberi petunjuk kepada kebaikan dan membantu hamba-hambanya ke arah kebaikan, kurniakanlah petunjuk kebaikan kepada kami dan bantulah kami ke arahnya. Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk sentiasa kembali kepadaMu, turunkanlah kepada kami pemberianMu. Dan berkatilah kami, ibadah kami, hidup kami, dan lindungilah kami serta mereka yang meyakini bahawa Rasulullah sebagai nabi"






421622_237161349702686_203981623020659_535477_989247170_n_large










╬════════════
๑۩۩๑●MIRAYUYA●๑۩۩๑════════════╬