Assalamualaikum
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet. Siapalah diri untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi bakal imamku kelak, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Aku beristighfar memohon ampun-Nya. Aku juga berdoa agar pemilik segala rasa cinta melindungi diriku daripada segala kejahatan. Moga Allah bimbing.
Tidak perlu dia memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas Nabi Muhammad. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah dia menyerahkan seluruh dirinya pada mencari redha Ilahi. Aku akan merasa amat bernilai andai menjadi sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur. Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati kerana mencintai Allah kamu akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.
Andainya engkau jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
♡╬════════════๑۩۩๑▬●MIRAYUYA●▬๑۩۩๑════════════╬♡