Saturday, 28 April 2012

.:: Lelaki kacak ::.









Assalamualaikum



Lelaki yang kacak tidak akan melupakan Allah. tidak akan sesekali ingkar akan perintah Allah. seorang yang taat pada Allah dan rasul-Nya kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Lelaki yang kacak selalu memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan samada dosa kecil mahupun besar.sengaja atau tidak sengaja.

Lelaki yang kacak akan jadilkan jihad fisabilillah sebagai matlamat dalam hidupnya.

Lelaki yang kacak sangat takut akan ujian Allah dan ancamanNya.sangat takut melakukan dosa kerana dia tahu akan balasan yang akan diperolehi di akhirat kelak.

Lelaki yang kacak tidak akan mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.selalu bertawakal kepada Allah dalam mengharungi kehidupan sehariannya.

Lelaki yang kacak sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan seharian.sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.sentiasa berserah kepada Allah.



Lelaki yang benar-benar kacak adalah seorang yang benar-benar mendambakan syurga di akhirat kelak. wallahualam





Ya Rabb, 
Pertemukan aku dengan jodoh sebaik-baik insan
Ku serahkan jodohku kepada-Mu











╬════════════
๑۩۩๑●MIRAYUYA●๑۩۩๑════════════╬