Sunday, 25 December 2011

.:: Jodoh pertemuan hanya ada padaNya ::.




Assalamualaikum


Ketika aku ingin meminta yang tampan, berfikir sudah cantikkah aku ?
Ketika aku ingin meminta yang cukup hartanya, sudah cukupkah hartaku ?
Ketika aku ingin meminta yang baik, berfikir sudah cukupkah baik diriku ?
dan, ketika aku ingin meminta yang soleh, berfikir sudah cukup solehahkah diriku ?


Bagiku, cukuplah seorang lelaki yang biasa paras rupanya dengan kekayaan seadanya namun mampu mengimami dan membimbingku menuju syurgaNya
Aku bukanlah seorang perempuan yang istimewa dengan kemuliaan seperti Khadijah, tidak secantik Aisyah, kepintaranku pun tidak bisa dibandingkan dengan Fatimah mahupun Asma Binti Yazid, 

maka, aku pun tidak menginginkan lelaki yang sempurna
kerana justeru dalam ketidaksempurnaannya lah yang akan melengkapi setiap kekuranganku.



istikharah...
memohon Tuhan mempertemukan dengan si dia,
seorang insan yang Allah redha untukku panggil seorang suami,
yang bersamanya, dapat ku bina usrati jannati
moga Kau permudahkan ya Allah
amin




Love image by girrules715 on Photobucket







╬════════════๑۩۩๑●MIRAYUYA●๑۩۩๑════════════╬